Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia

Selamat Datang Ke Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia

Kami, Sekretariat Masyhur 1Malaysia merupakan gabungan kumpulan kreatif daripada Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (841132-U), Persatuan Tatihseni Malaysia (PPM-007-14-05022014) dan Persatuan Belia Kota Gagasan (PPBM6546/10).

Sekretariat Masyhur 1Malaysia berperanan menggerakkan program eksklusif, ilhamrasa Noraniza Idris seorang penggerak budaya & pengasas kepada bahan rujukan Masyhur 1Malaysia.

Status terkini, kami sedang menyusun program Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia menerusi seni dan budaya Zapin sebagai pengisian kalender bagi acara tahunan kami.

Menerusi beberapa lokasi yang dipilih  menjadi ‘One Stop Cultural And Tourism Centre’ sebagai matlamat pengembangan seni budaya Zapin yang ditransformasikan kepada program modal insan secara turun padang kepada sasaran se awal usia 5 tahun ke atas.

Sasaran utama adalah pembentukan jatidiri dalam mencintai diri, agama, bangsa budaya dan Negara kepada generasi berusia 15 hingga 25 tahun sebagai bakal memimpin negara kelak.

Program modal insan dengan membawakan tema motivasi jatidiri “Inspirasi Anak Merdeka ~ I Am Malaysia” mempunyai pendekatan tersendiri. Penghayatan sejarah kedatangan budaya dan kemerdekaan negara di samping menerapkan nilai-nilai murni akhlak yang mulia menerusi pendekatan akademik, sahsiah dan kokurikulum terus diterapkan dengan apresiasi Rukun Negara di kalangan generasi masa kini disusun secara berjadual dengan lebih teratur.

Perlambangan seni budaya sebagai akar luahan jiwa budaya bangsa menjadi inspirasi dari sejarah kedatangan sebelum kemerdekaan negara dan sejauhmana penghayatan dapat diserlahkan menerusi semangat patriotisme kaum terbesar yang berada di Malaysia.

Menerusi program Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia ini juga, kami menterjemahkan budaya kebangsaan di dalam sebuah pertandingan dan kajian sejarah kedatangan zapin sebagai pencetus kepada pengukuhan jati diri dan rujukan kepada masyarakat Malaysia dan luar Negara khasnya.

Zapin dipilih sebagai lambang penyatuan kaum terbesar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Menerusi salah satu program berjudul “Akar Kita Zapin”  memberi informasi dan rujukan kepada sasaran pelbagai kaum seluruh Malaysia dan pelancong luar negara di peringkat antarabangsa bagi memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya menerusi slogan ‘1Zapin: 1Malaysia’.

Produk zapin rujukan ini akan didokumentasikan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat menerusi Galeri Zapin Mania sebagai sebuah projek jangka panjang Sekretariat Masyhur 1Malaysia.

Seni budaya Zapin terus diangkat sebagai lambang penyatuan bendera budaya bangsa Malaysia menerusi Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia yang telah bermula semenjak 2012 hingga kini.

 

“BUDAYA KITA WAJAH KITA”

“INSPIRASI ANAK MERDEKA ~ I AM MALAYSIA”

“CULTURAL PARADISE UNIQUELY MALAYSIA”

image007
logo-nipv-persatuan2

AKZ Events

cheras-selatan
  • 14
  • 08
  • 2015

Cheras

10:00 am

tebrau-city
  • 24
  • 07
  • 2015

No 1 Jalan Desa Tebrau

10:00 am

sidang-media
  • 10
  • 02
  • 2015

Kuala Lumpur

05:00 pm

Info Terkini