Sekretariat Masyhur 1Malaysia adalah sebuah gagasan tenaga kreatif yang dibentuk melalui gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.

PERSATUAN TATIHSENI MALAYSIA telah didaftarkan dibawah R.O.S pada 05 Februari 2014 sebelum ini dikenali sebagai AKADEMI TATIHSENI MALAYSIA di bawah penyelarasan PERSATUAN BELIA KOTA GAGASAN (PPBM6546/10) (R.O.Y) semenjak 10 Ogos 2010.

PERSATUAN BELIA KOTA GAGASAN ditubuhkan bagi membangunkan belia menerusi pendekatan Masyhur 1Malaysia.

Kedua-kedua Persatuan ini memainkan peranan tersendiri dalam memberi pendekatan modal insan secara komprehensif menjurus kepada akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan kerjasama NORANIZA IDRIS PRODUCTION VENTURES SDN. BHD. (841132-U).

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 10 Disember 2008 telah dilantik oleh Persatuan Tatihseni Malaysia dan Persatuan Belia Kota Gagasan bagi menyelaraskan setiap acara yang disusun oleh Persatuan.

kami menyasarkan ke arah penganjuran program seni dan kebudayaan bertaraf antarabangsa.
~ Gabungan ini memfokuskan golongan belia khasnya menjadi lebih kreatif dan inovasi dalam mempelbagaikan teras seni budaya sebagai produk industri kreatif sebagai sumber pendapatan negara yang baharu dan mampu dijual ke mata dunia.

~ Menerusi Sekretariat Masyhur 1Malaysia yang dipilih dan dilantik di bawah Persatuan ini adalah terdiri daripada golongan profesional serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.

logo-nipv-persatuan3

AKZ Events

cheras-selatan
  • 14
  • 08
  • 2015

Cheras

10:00 am

tebrau-city
  • 24
  • 07
  • 2015

No 1 Jalan Desa Tebrau

10:00 am

sidang-media
  • 10
  • 02
  • 2015

Kuala Lumpur

05:00 pm

Info Terkini