akar kita zapin , puncak gapura , noraniza idris

PUNCAK GAPURA


Lagu yang bergenre kebaratan sering menjadi pilihan masyarakat pendengar terutama golongan remaja masakini.  Banyak penerbitan album bergenre pop tradisional dan etnik kreatif gagal mempertahankan kedudukan di dalam permintaan semasa industri muzik Malaysia sendiri. Adakah kerana gernre beridentiti Malaysia yang melambangkan jatidiri kita sebagai orang Timur ini tidak relevan lagi dengan masyarakat pendengar masakini? Atau tidak ramai yang berminat untuk menghayati kesopanan dan keasyikan irama muzik ketimuran ini? Terletak sejauh mana jati diri anda sebagai anak bangsa Malaysia?

Bagi mereka yang ingin menghayati pendekatan baharu menerusi genre irama ini, kami tampilkan Single terbaru keluaran NIPVSB  iaitu…

AKAR KITA ZAPIN

PUNCAK GAPURA by IHAB ft. NORANIZA IDRIS (LIRIK VIDEO – NIPVVEVO)

#PuncakGapura  #simbolpuncakkejayaanhanyadihujungjari


Puncak Gapura, lagu ciptaan Ihab Ismail, seorang komposer muda yang baharu berkecimpong dalam dunia penerbitan yang berbakat besar. Beliau merupakan Pemenang Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 2013/2014 dua tahun berturut-turut menerusi lagu ciptaannya Pahlawan Zafana dan Akar Kita Zapin kini tampil dengan single terbaharu gabungan penulisan lirik kreatif , Ahmad Fedtri Yahya . Menerusi penampilan khas gandingan mantap dari Ratu Etnik Negara, Noraniza Idris , Puncak Gapura kali ini diberi nafas baharu dengan dwibahasa Melayu dan Arab menerusi lagu berentak fusion Zapin yang berasal dari Timur Tengah.

 

 

PUNCAK GAPURA by IHAB ISMAIL feat NORANIZA IDRIS

 

Dilancarkan secara digital edaran Sony Music Malaysia pada 4 Disember 2015

Komposer – Mohammad Ihab Ismail

Lirik - Ahmad Fedtri Yahya & Mohammad Ihab Ismail

Penerbit - Noraniza Idris & Mohammad Ihab Ismial

Susunan Muzik – Mohd Zahid Idris

Publishing / Penerbitan – Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB)

Edaran – Sony Music Malaysia

 

Download RBT
Maxis: Type *131*495401#
DiGi: Type CT (Space) 0483198 send to 20000
Celcom: Type *888*254632# and press CALL/SEND
U Mobile: Type CRM 5167749 to 28383

 

Facebook: https://www.facebook.com/noraniza.idr…
Instagram : https://instagram.com/noraniza_idris/
Official Homepage :https://www.facebook.com/noraniza8/?f…
© 2015 Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
All rights reserved. Unauthorized reproduction is a violation of applicable laws.