“Siri Jelajah Masyur 1Malaysia ~ Akar Kira Zapin” membawakan tema pendekatan “Inspirasi Anak Merdeka ~ I Am Malaysia“ lebih menjurus kepada memupuk pembangunan modal insan motivasi jatidiri dalam modul keusahawanan pelancongan budaya di kalangan generasi masakini menjurus kepada tanggung jawab sosial terhadap penghayatan 5 prinsip Rukun Negara seiring cinta diri, agama, bangsa, budaya dan negara.

Perlambangan seni budaya sebagai akar luahan jiwa budaya bangsa yang pelbagai kaum. Menjadi inspirasi dari sejarah kemerdekaan negara dan semangat patriotisme kaum terbesar di Malaysia menerusi prinsip penyatuan 6 kaum etnik utama sebagai rujukan. Inspirasi ini menjadi terjemahan budaya kebangsaan di dalam sebuah pertandingan dan kajian sejarah zapin berteras akar Melayu dan etnik bangsa Malaysia yang kuat bermula dari tajuk 1Zapin:1Malaysia.

Memberi informasi dan rujukan kepada sasaran pelbagai kaum seluruh Malaysia dan pelancong luar negara di peringkat antarabangsa secara turun padang (bengkel kesenian asas secara ekslusif). Sesuai diangkat sebagai lambang budaya Negara Malaysia.

Oleh itu, usaha untuk menganjurkan sebuah program tahunan berteras Zapin ini diteruskan menerusi program 12 siri jelajah Malaysia dan Negara pilihan, menjadi salah satu produk rujukan pembelajaran yang komprehensif, pelancongan & dokumentari yang disesuaikan untuk siaran televisyen tempatan dan luar negara.