noraniza

NORANIZA IDRIS
Pengerusi
Persatuan Tatihseni Malaysia
Merangkap Pengasas & Pengarah Projek

MENTOR SIRI JELAJAH MASYHUR 1MALAYSIA

Salam Masyhur 1Malaysia.

Syukur alhamdulillah, sebagai  Sekretariat Masyhur 1Malaysia yang bergabung membangunkan belia menerusi seni budaya secara turun padang, menerusi pemerhatian saya, pelan pemerkasaan kesenian dan warisan perlu dibuat dengan teliti dan berterusan kepada rakyat pelbagai sasaran usia dan kaum tanpa mengira musim perubahan kuasa yang sering bertukar 5 tahun sekali.

Sekalung penghargaan buat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas sokongan dan kepercayaan kepada penganjuran program ekslusif kami ini semenjak mula dianjurkan menerusi tajuk Akar Kita Zapin.

Sesungguhnya menerusi sokongan ini proses pemerkasaan kesenian dan kebudayaan dalam mencintai sejarah kemerdekaan ini mampu merapatkan keterbukaan jurang antara etnik-etnik yang berada di Malaysia ini dengan memberi penekanan yang lebih mendalam kepada ekonomi Bumiputera terlebih dahulu.

Pemilihan Zapin menjadi salah satu cabang kesenian kaum Melayu yang melambangkan semangat jatidiri rakyat Malaysia dalam penyatuan bangsa 1Malaysia .

Saya suka merujuk kepada petikan Artikel 153 perlembagaan dalam penjagaan hak keistimewaan orang Melayu, secara khasnya dirujuk sebagai Bumiputera.

Artikel mengkhususkan peranan kerajaan pusat untuk melindungi, memulih dan memelihara kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan memperuntukkan kuota demi pertahanan legal ketuanan bangsa Melayu itu sendiri.

Mendukung bangsa Melayu adalah penduduk asal terbesar di Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai rakyat yang taat setia kepada Raja dan Negara seiring dengan Rukun Negara yang kedua.

Sebagai tanggung jawab sebagai pemangkin membangunkan seni budaya menerusi pendekatan modal insan, kami berhasrat untuk membawa nama Malaysia secara lebih meluas ke peringkat antarabangsa.

Kerjasama dan sokongan padu CIOFF Malaysia dan pihak-pihak yang sudi bekerjasama menerusi program anjuran kami juga turut membantu memberi ruang pekerjaan di samping dapat melahirkan lebih ramai pelatih-pelatih baru dalam pelbagai bidang kerjaya di kalangan pelbagai lapisan masyarakat bertumpu di program anjuran kami ini.

Dengan wujudnya pusat kemahiran bergerak pembangunan belia keusahawanan menerusi tanggung jawab social seni budaya (Corporate Social Responsibility – C.S.R) secara tidak langsung membantu membina kepercayaan dan keyakinan belia masakini kepada usaha kerajaan Malaysia mengalih tumpuan kepada bidang kerjaya yang pelbagai memandangkan peningkatan bilangan pengangguran difahamkan lebih 442 ribu penganggur terdapat di Malaysia  (merujuk keapda statistik 1 jan 2015 meningkat kepada 3.1% berbanding 2014)

Semoga dengan inisitif kami ini  memberi impak yang tinggi lagi memberansangkan kepada usaha memertabatkan pembangunan insan.

Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama saya membangunkan seni dan budaya dalam aktiviti kemasyarakatan menjurus kepada menjana pendapatan Negara di dalam bidang kepelbagaian kerjaya menerusi program Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia yang kami sediakan sebagai platform kepada penggiat seni untuk berkarya dan membuka peluang baharu dengan lebih global.

Semoga program ini akan menjadi satu identiti yang sinonim dengan lambang keperibadian yang tinggi jatidiri terhadap cinta diri, agama, bangsa , budaya dan Negara, di mana bumi berpijak di situ langit dijunjung.

#InspirasiAnakMerdeka – “IAmMalaysia”
#BudayaKitaWajahKita
#PuncakGapura
#simbolpuncakkejayaanhanyadihujungjari

#MohonTerasa


aliffb

MOHAMMAD ALIFF HAIQAL
Pengerusi
Persatuan Belia Kota Gagasan

PENGARAH NIPVSB ,PENGERUSI PERSATUAN BELIA KOTA GAGASAN , PENGERUSI TATIHSENI MALAYSIA

Salam Masyhur 1Malaysia.

Saya bersyukur ke hadrat Allah, Kempen Inspirasi Anak Merdeka yang telah disusun oleh kami seiring dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang ini telah dapat dilaksanakan menjurus kepada memupuk motivasi jati diri dalam kalangan generasi masa kini.  Berteraskan seni budaya Zapin sebagai aktiviti secara turun padang untuk menarik minat generasi muda.

Sebagai penggerak belia menersui sukan bina badan menerusi sekretariat ini, gabungan tenaga kerja dalam kalangan belia yang berfikiran jauh banyak membantu menarik minat generasi golongan ini ke arah pemupukan jatidiri dengan cara berbeza dan saya percaya inilah simbolik peradaban  yang dipupuk di Malaysia semenjak 57 tahun kemerdekaan yang lalu.

Seni budaya adalah salah satu cara penambahbaikan sistem komunikasi antara etnik dengan mengetengahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping bahasa yang lain sebagai sokongan produk pelancongan Malaysia.

Zapin yang perlu diangkat kerana Melayu berada di seluruh dunia. Merupakan satu-satunya program merakyatkan Melayu di seluruh dunia.  Menerusi produk edaran yang bakal diterbitkan hasil penganjuran program siri jelajah ini, kami berusaha untuk memartabatkan khazanah keaslian etnik-etnik di Malaysia ini ke arah globalisasi dunia tanpa sempadan.

Gagasan yang kami bentuk bersama menerusi kempen “Inspirasi Anak Merdeka” ini adalah untuk melindungi seni budaya bangsa yang menjadi peradaban dalam memupuk masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Ia penting dalam mengekalkan sikap sentiasa saling hormat menghormati dan menghargai maksud yang tersirat di sebalik Rukun Negara kita dengan adanya pemerkasaan seni budaya bangsa secara turun padang menerusi “Siri Jelajah Malaysia Masyhur 1Malaysia”.


jeffrib

HAJI JEFFRI IMAN BIN HAJI HOODI
Ketua pemasaran & Komunikasi
Korporat, Noraniza Idris Production
Ventures Sdn Bhd (NIPV)
Merangkap
Motivator Akhlak Akar kita Zapin

KETUA PEMASARAN ,STRATEGIK DAN KOMUNIKASI KORPORAT NIPVSB

Komitmen kami dalam tanggung jawab sosial  di Sekretariat Masyhur 1Malaysia adalah dengan  melestarikan kebajikan , keharmonian, hak pengguna melalui aktiviti sukan, kesihatan dan kebudayan.

Kebudayaan sebagai satu alat penyatuan masyarakat dalam perlaksanaan  program pembangunan modal insan yang kami anjurkan. Inisiatif ini  bukan lagi bebanan malah seiring zaman kompetitif yang melalui kesan globalisasi dan liberalisasi yang banyak mengundang kepada masalah sosial  semakin meruncing ketika ini.

Dengan wujudnya usaha ini, turut menyumbang kepada kestabilan jangka masa panjang dengan mengahrapkan sokongan dan pembiayaan daripada pelbagai pihak untuk merealisasikannya bersama.

Program pembangunan modal insan membentuk nilai murni di dalam jiwa secara semula jadi. Berteras budaya hidup yang mengekalkan peradaban, sopan santun, hormat menghormati,  penggunaan lenggok bahasa , ketrampilan menerusi pakaian adalah kategori budaya hidup tanpa sempadan, ia melambangkan didikan nurani yang unik kepada  bangsa Malaysia.

Oleh itu, budaya pelancongan belia adalah platform keharmonian yang bersifat mendidik , yang diketengahkan dengan pendekatan akademik dan sesi latihan melalui modul keusahawanan, akan menarik perhatian golongan belia khasnya menyelami bidang keusawanan pelbagai kerjaya  untuk satu jangka masa yang panjang.

Antara rujukan contoh penting perlaksanaan CSR adalah PBB, Bank Dunia & Organisasni buruh antarabangsa yang telah menggaris panduan dan menubuhkan satu unit khas membuat penyelidikan CSR dengan promosikan ke ceruk rantau tentang kepentingan CSR.

Oleh itu, usaha ini diwujudkan seiring mengikut peringkat umur dan kaum.


zulkarnain

ZULKARNAIN BIN JOHARI
Kumpulan Pemikir

Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia

MOTIVATOR SEJARAH DAN BUDAYA SIRI JELAJAH MASYHUR 1MALAYSIA

السلامعليكمورحمةاللهوبركاته

Salam Sejahtera dan Salam Masuhur 1Malaysia

Segala puji bagi Allah yang menentukan setiap sesuatu. Tidak ada daya dan kuasa yang telah, sedang dan akan berlaku melainkan dengan ketentuan-Nya. Segala usaha dan ikhtiar yang terhasil dari penganjuran Program Siri Jelajah Masyhur 1Malaysia khasnya menerusi Akar Kita Zapin adalah di dalam takluk ilmu dan ketentuan-Nya. Semoga natijah yang baik terjelma dengan melahirkan rasa kehambaan secara berterusan pada diri.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat yang berjuang dengan keringat, darah dan airmata. Merekalah perintis jalan kebenaran, pejuang yang gigih, kental dan sabar. Keredhaan Allah meliputi mereka semua.

Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat dalam menjayakan program anjuran kami Akar Kita Zapin sepanjang dianjurkan semenjak 2012 yang lalu yang diilhamkan dengan penuh takzim oleh Srikandi Ratu Etnik Negara , Noraniza Idris. Segala usaha, perih jerih dan keringat dalam menjayakan program ini diharap mendapat keredhaan Allah jua. Sesungguhnya Seni budaya merupakan kulit bangsa yang memberi pengertian yang cukup mendalam dalam mengenal erti jati diri.

Masyarakat kini sedang dijangkiti virus yang mengakibatkan mereka hilang daya menangani konflik pendapat dan pemikiran. Dengan arus pemodenan kini melalui media-media sosial didapati budi bahasa dan keindahan peradapan Melayu Islam telah mulai luput. Justeru program Siri Jelajah MAsyhur 1Malaysia menerusi salah satu acara utama program tahunan kami , Pertandingan Zapin Mania ~ Akar Kita Zapin yang menerapkan pertandingan secara tingkah diharap dapat menjadi terapi kepada masyarakat Melayu khasnya dan Malaysia amnya. Sangat indah dan tersirat gambaran bangsa Melayu yang telah digambarkan oleh Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang :

kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka,menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyuman, marahnya dalam tertawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.