Picture1

Picture2

Picture3

MAJLIS PELANCARAN  AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2012, 28 – 19 DISEMBER 2012 (PERLAKSANAAN BAGI TAHUN PERTAMA)

Akar Kita Zapin 2012 telah diperkenalkan dan dilancarkan buat pertama kalinya pada 29 Disember 2012 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Acara peringkat Kebangsaan ini menghimpunkan 8 buah kumpulan dari seluruh Malaysia. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) ketika itu. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Kota Gagasan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

image001

MAJLIS PELANCARAN SIRI JELAJAH EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2014 12 MEI – 21 SEPTEMBER 2014 (PERLAKSANAAN BAGI TAHUN KEDUA & PERTAMA KALI JELAJAH MALAYSIA)

Bermula pada tahun 2014, sebagai tahun kedua penganjurannya, acara ini dikembangkan dan dinamakan Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2014 dengan kejayaan membawa 4 penyertaan kumpulan daripada 3 negara serumpun iaitu Brunei, Indonesia dan Singapura. Pra pelancaran telah diadakan pada 12 Mei 2014, di AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YM Tengku Hishammuddin Zaizi Bin YAM Tengku Azman Shah Alhaj, Penaung Siri Jelajah AEON Akar Kita Zapin Nusantara 2014/2015.

image002

MAJLIS PELANCARAN SIRI JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN 2015/2016 1 MEI – 31 OGOS 2015

Bagi tahun 2015 pula, menjadi tahun ketiga penganjuran dan jelajah Malaysia untuk tahun kedua bersama penaja utama. Atas sokongan padu yang diberikan, program ini terus diangkat sebagai acara tahunan dan diteruskan buat musim kedua jelajah Malaysia yang dibawakan oleh AEON Co. (M) Bhd. Juga memberi sokongan tidak berbelah bahagi dengan bertindak selaku Penaja utama bagi acara secara rasmi yang membawakan Akar Kita Zapin 2015 kali ini yang bergerak ke 6 buah lokasi rasmi di AEON pilihan seluruh Malaysia bermula 1 Mei 2015.

KEMPEN INSPIRASI ANAK MERDEKA MALAYSIA (I AM MALAYSIA)

Program yang mengetengahkan kebudayaan dan kesenian zapin ini turut menjadi wadah kepada penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara. Menerusi siri jelajah Malaysia ini, kami turut membawakan kempen Inspirasi Anak Merdeka Malaysia (IAM MALAYSIA) yang seiring dengan kempen Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia. Kempen ini pertama kalinya telah dilancarkan pada 12 Mei 2014 serentak dengan Sidang Media Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2014. Menerusi pengisian slot dalam setiap siri jelajah yang diadakan di setiap lokasi, Fragmen Inspirasi Anak Merdeka dikendalikan oleh seorang motivator sejarah kenegaraan selaku sekretariat lantikan bagi pembangunan belia menerusi aktiviti, iaitu Puan Rahimah Muda. Setiap acara di lokasi akan dimulakan dengan Lagu Negaraku, diikuti dengan lafaz ikrar dan Rukun Negara. Seterusnya, ia diisi dengan segmen puisi dan pentomen kemerdekaan sebagai wadah menyuntik semangat kemerdekaan dalam kalangan khalayak dan penonton yang hadir menyaksikan program ini yang dimuatkan sepanjang tiga hari penganjuran di setiap lokasi.

image003

Setiap program di lokasi diadakan selama 3 hari, bermula hari Jumaat hingga hari Ahad, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Sepanjang 3 hari berlangsung pelbagai acara mengisi program yang melibatkan pengunjung dan jemputan. Acara-acara juga diadakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada peserta.

SENARAI AKTIVITI DENGAN PESERTA BERDAFTAR DAN ‘WALK IN”

1- Slot Motivasi : Inspirasi Gagasan Anak Merdeka
2- Forum International Zapin Youth Dance Festival ~ The Bright Side of Malaysia – Panel profesional mewakili penggiat budaya, komposer dan penulis lirik, artis , Dewan Bahasa Dan Pustaka
3- Bengkel Asas Teater & Lakonan – dikendalikan oleh penulis & skrip teater yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4- Bengkel Pantun Berirama – dikendalikan oleh Akademi Syair dan penggiat budaya mahir
5- Bengkel Kesenian Asas Zapin Bersama Pengasas Zapin – mengikut tajuk mingguan
6- Bengkel Asas Muzik (Rythm Of Unity)
7- Zapin Mania (Battle Akar Kita Zapin) – usia 10 tahun ke atas
8- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak – usia 5 – 7 tahun
9- Pertandingan Deklamasi Sajak – usia bawah 17 tahun
10- Pertandingan Berbalas Pantun Berirama – peserta bengkel dipertandingkan
11- Mr. Planet Malaysia 2015 – model pilihan Malays
12- Persembahan “An Emanating Heritage “ oleh Ikon Tari
13- Pertandingan Sukan Rakyat
14- Pertandingan Permainan Rakyat
15- Konvoi Merdeka – promosi pra pelancaran hari kebangsaan dan Malaysia 201
16- Pertandingan AKZ Idol 2015 – terbu
17- Treasure Hunt
18- Living Healthy Lifestyle with Fee Haiqal ~ Cardio Ethnic & Zumba Fitness with Hanif Shawn
19- Bimbingan Ikon pengacaraan secara profesional

Mentor, Pengasas, Ikon & Pengacara Siri Jelajah Akar Kita Zapin 2015

image024b

image028

image027

image026

image025

Pembentukan Team Penggerak utama - Motivator Dan Fasilitator Tetap Program tahunan

image029

Zulkarnain Johari
Pengetua/Ketua Juri

image030

Siso Kopratasa
Fasilitator Muzik &    Motivator

Rahimah Muda
Fasilitator Pantun

image033

Roslan Madun
Motivator

image032

Jeffri Iman
Motivator

PENGASAS , PENAUNG DAN PENASIHAT

image034

Noraniza Idris
Mentor/Pengasas
Siri Jelajah Malaysia
Akar Kita Zapin

image035

YM Tengku Hishamuddin Zaizi
Bin YAM Tengku Azman Shah AlHaj
Penaung Program

image036b

YB Johari Ghani
Penasihat

image037

YBhg Datuk Suhaimi Mohd Zin
(PakNgah)
Penasihat