ELEMEN KEBUDAYAAN BANGSA 1MALAYSIA

Elemen tradisional Malaysia dipersembahkan menerusi tarian Melayu iaitu ZAPIN menjadi teras utama.

PERJALANAN TRANSFORMASI NEGARA

Bermula dengan siri jelajah memperkenalkan Zapin setiap negeri menerusi kupasan kajian yang didokumentarikan menerusi sesi temuramah dan asas pergerakan zapin negeri sebagai bahan fokus utama dalam pertandingan yang memperkenalkan identiti negeri dan kedatangannya ke Tanah Melayu hingga terkini.

PENGENALAN KEPADA MISI DAN VISI MASYHUR 1MALAYSIA

Setiap kaum daripada kumpulan kebudayaan dan kesenian di Malaysia mengambil bahagian. Dilengkapi dengan kostum, aksesori dan prop lengkap sebagai identiti masing-masing sebagai lambang apresiasi kepada amalan rakyat Malaysia hingga kini.

ELEMEN KEBUDAYAAN BANGSA 1MALAYSIA

Penonton akan dapat memahami mesej yang tersirat di dalam penerbitan program “EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA” yang akan di dokumentarikan di samping memberi impak maksimum berkesan kepada menyemarakkan seni budaya sebagai lambang jatidiri rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Melalui penganjuran program ini juga mampu menjadi penggerak kepada kempen motivasi bagi menyemai dan memupuk semangat cintakan diri , agama, bangsa, budaya dan negara ke arah perpaduan yang sangat harmoni.

PERJALANAN TRANSFORMASI NEGARA MALAYSIA

Mendokong aspirasi kerajaan Malaysia dan menterjemahkan misi dan visi Masyhur 1Malaysia seiring dengan matlamat kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia yang memimpin sebuah negara berdaulat di bawah naungan pemerintahan DYMM SPB Yang diPertuan Agong.

PENGENALAN KEPADA GENERASI MASAKINI

Memberikan pendekatan yang lebih mudah difahami dengan menggunakan visual-visual yang mampu menarik generasi masakini yang gemarkan elemen hiburan budaya bersifat ringan dan bersahaja.